Dan ini reaksi Ketua Pegawai Eksekutif Perbadanan Stadium Malaysia, 80 peratus sampah boleh diselesaikan dalam tempoh sehari selepas acara, manakala bakinya diselesaikan pada hari kedua.
Pihak Perbadanan Stadium jelasnya telah menyediakan tong sampah, namun kapasiti sampah terlalu banyak menyebabkan pengumpulan sampah sukar dilakukan.